menggugah tegal hatinya
terpanggang amarah
dari kasih yang terbakar
dan cinta yang parah terluka.
Keruh senja ini
meramas-ramas jantung hati
dalam sesak dada bernafas
apakah langit yang kejam?
atau dia yang pura-pura tidak faham
sunnah Tuhan tidak pernah berubah laluan
dan roda tidak pernah terhenti diam
kerana siang hanya bertahan
selama mentari tidak melintas sempadan.
meramas-ramas jantung hati
dalam sesak dada bernafas
apakah langit yang kejam?
atau dia yang pura-pura tidak faham
sunnah Tuhan tidak pernah berubah laluan
dan roda tidak pernah terhenti diam
kerana siang hanya bertahan
selama mentari tidak melintas sempadan.
Resah senja
diasak gelap malam
adalah pekat hitam hati
menghimpun rencam noda
di pentas tanpa batasan.
diasak gelap malam
adalah pekat hitam hati
menghimpun rencam noda
di pentas tanpa batasan.
Yajuk
Bukit jering
11032011
Bukit jering
11032011
• SAJAK > 2011 (Jan-Jun) > Gelap Langit Senja Itu
disumbangkan pada Sabtu, 26 Mac 2011 10:14:44 PM • Kali terakhir diubah pada
Sabtu, 26 Mac 2011 10:14:44 PM oleh yajuk
No comments:
Post a Comment